Baik, untuk permulaan...

|
Lama tidak menulis.

Masyarakat Kelantan, kebanyakkannya masih lagi dibelenggu rasa duka setelah kegagalan pasukan bolasepaknya untuk merangkul kejuaraan Piala FA selepas dua kali mencuba. Kali pertamanya berlaku pada sesi 2009. Juga dalam masa tambahan.

PhotobucketKekalahan ini wajar dianggap perit oleh kebanyakkan penyokong, gara-gara gol lewat permainan dikala ribuan penyokong wira merah sedang bersiap untuk meraikan kemenangan. Gol dalam masa kecederaan, dan masa tambahan menambahkan kekecewaan seluruh negeri. Kelantan tewas kepada Terengganu 1-2, di Stadium Bukit Jalil pada aksi akhir Piala FA edisi ke 22.

Cukup trajis dan cukup merencatkan akal walaupun kejadian tersebut sudah memasuki minggu yang ke dua.

Piala FA, piala ketiga paling berprestij dalam Liga Malaysia.

Langsung, untuk tidak turut sama terencat, penulis pun cuba mengenang kembali detik-detik hebat di awal minggu, dalam aksi Liga Super ketika menewaskan pasukan sama yang ditentang dalam perlawanan akhir Piala FA, Terengganu. Kelantan menang 3-0 di gelanggang Terengganu. Perlawanan derby 'pride of the east coast', yang boleh diklasifikasikan sebagai, pemenangnya bakal mengungguli Liga Super Malaysia.

PhotobucketKetika itu penulis sedang bercuti di kampung. Sejurus selepas gol pertama dijaringkan oleh pemain muda, Izuan Solahuddin, gegar keramat berlaku di Kedai Pejo, ppayung stadium, orang muda sekarang menamakannya Medan (exsklusif dan dingin sekali gelaran itu). Riuh sekali suasana pada masa itu, penyokong yang memenuhi ruang dan peniaga, semuanya tersenyum lebar.

Kelantan menang perlawanan tersebut, kembali di tangga teratas liga, menjarakkan lagi mata dengan pesaing terdekat dan Terengganu, yang sebelum itu berada di tangga teratas, jatuh ke tangga ketiga liga. Orang Terengganu tragis, merungut, dan balik dalam nada kecewa.

Tidak sampai seminggu kemudian, giliran berpihak pula kepada orang Kelantan untuk tragis, merungut dan balik dalam nada kecewa.

Orang kata bolasepak itu zalim, tapi kali ini kelihatannya adil.

Menarik juga untuk mengimbau kembali kemenangan 3-0 di Kuala Terengganu tempoh hari, untuk tidak membiarkan duka berlarutan. Tinggalkanlah ia di Bukit Jalil. Fokus utama adalah kepada peluang Kelantan yang sedang terbuka luas untuk mendakap kejuaraan liga.

Tafsiran penulis melalui apa yang dibaca, dan lihat di luar sana, terutama sekali liga-liga besar sebelah Barat, kejuaraan liga tinggi profilnya. Menjuarai liga adalah hari raya! Ini lah masanya!

Cuma di Malaysia, Piala Malaysia lebih gemilang!

PhotobucketLiga Super hampir ke penamatnya, tinggal hanya satu lagi perlawanan dan kemenangan terhadap Perak 1-0 di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad keIV tempohari memberikan ruang yang cukup selesa kepada skuad The Red Warriors.

Keputusan seri pada perlawanan terakhir menentang Sabah di Kota Kinabalu mungkin sudah memadai, tetapi penulis yakin dengan barisan pemain yang ada dan dengan M. Karathu sebagai jurulatih yang kaya dengan pengalaman, skuad Kijang mampu untuk mencapai kemenangan.

Kemenangan mungkin diperlukan bagi mengelakkan risiko.

Selangor akan menentang Perak di Ipoh pada perlawanan terakhir mereka, dengan memerlukan kemenangan yang besar jika Kelantan seri di Likas, untuk menang Liga Super.

Oleh itu, tinggalkan kenangan, letakkan saja ia di dalam facebook anda. Dan Piala FA akan kembali dipertaruhkan tahun depan, dengan piala edisi baru. Mungkin lebih tampan, segak dan yang pasti, mudah untuk diarak. Kelantan kini dalam perjalanannya untuk menjuarai Liga Super Malaysia. Baik, untuk permulaan kepada impian seluruh rakyat Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Sekian.

1 komen:

ANik berkata...

Alhamdulillah tahun 2012 Kelantan berjaya membawa pulang Piala F.A, piala edisi baharu, dan dalam landasan untuk menjuarai liga Super buat kali ke-2.

Catat Ulasan