Penjenamaan Semula Logo KBRS

|
Photobucket
Logo selepas dijenamakan semula

Momentum yang sangat baik diperolehi daripada rakan-rakan terhadap idea membuat t-shirt untuk KB Rebel. Semangat semakin berkobar dan tidak mustahil kalau tok chek and the gang kembali menyarung steel toe mereka.

Fasa pertama, feedback telahpun selesai dan sekarang sedang memasuki fasa kedua. Perubahan pada logo KB Rebel yang telah dilakukan agar ia (logo itu sendiri) selesa memperagakan dirinya bersesuaian dengan alaf baru yang kita tempuh sekarang ni. Dengan menggunakan kepakaran designer muda iaitu en. Keylee Daud, logo terkini nampak lebih menarik, sopan dan tomakninah, kecuali hanya unsur 1 Malaysia sahaja tidak digarapkan oleh en. Keylee Daud.

9699 membawa kepada pengertian 'peak hour years' kami dan tiada sangkut paut dengan mana-mana persatuan hatta kedai roti canai 786 jalan gajah mati sekalipun.

Logo ini diperagakan buat pertama kalinya hari ini untuk tatapan dan komen rakan-rakan. Masing-masing duk jauh, internet sahajalah penghubungnya.

kbrs
Logo lama karya asal melalui imaginasi Bucit GMI

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

ejah keris sket tu...x napok por keris etek

Unknown berkata...

nati kito oyak ko keylee daud

Catat Ulasan