Mengapa Tottenham?

|
'Bakpo mung sokong Tottenham?', soalan ini sering diajukan kepada penulis, dari dulu sampai sekarang soalan ini tidak putus ditanya. Emm.. mungkin setahun dua skala pertanyaan itu sudahpun kurang bahkan rasanya sudah tidak didengari hampir setahun. Penulis baru sedar, sudah tiada lagi soalan tersebut!

Oh ya, Tottenham Hotspur menang Carling Cup 2 season lepas. Penulis pasti, perkara ini berjaya membuka mata kebanyakkan fanatik EPL sekarang ini yang rata-ratanya 'new wave'. Spurs sudah hampir 10 tahun tidak memenangi kejuaraan, samaada local ataupun di Eropah. Adalah sekali 2 juara jemputan 4 penjuru persediaan pra musim kat mana-mana tempat skali dua. Ini membingungkan beberapa kerat rakan penulis yang tak biasa tengok orang sokong pasukan yang tak penah menang bahkan tiada dalam senarai big four. Orang sokong big four!

Akan tetapi, kalau bercakap dengan orang-orang yang zaman mudanya di tahun 70 dan awal 80an, mereka lagi rancak bercerita tentang Spurs, walaupun kebanyakkan mereka bersorak untuk Liverpool dan Arsenal. Nama-nama seperti Steve Archibald, dan duo argentina Ricky Villa & Ossie Ardilles pasti tak lekang keluar dari mulut mereka.

Itulah salah satu faktor mengapa penulis berminat dengan Spurs, sejarahnya yang hebat! Zaman budak-budak dulu, gambar-gambar Glenn Hoddle, Chris Waddle, Gary Lineker, Gary Mabbut, dan personaliti yang cukup penulis minat, Ray Clemence sering menghiasi majalah Dunia Sukan dan Arena Bolasepak. Ini membawa penulis untuk melekat dengan Spurs. Zaman tu takde astro lagi, Road To Wembley nak jumpa sbulan sekali pun susah. Cukup hanya dengan menatap gambar dan baca cerita dalam majalah saja! Kemudian simpulkan sendiri.

Itulah sedikit coretan sambil tunggu masa pejabat habis, banyak fakta tak nak keluar dari bank fakta dalam otak ni. 'dio keno rilek and bley bley nyenggeng baru sedak nnulis, ko guano?' dan penulis cukup berbesar hati jika ada mana-mana Spurs' fans kat Malaysia ni yang sudi berkongsi cerita tentang minatnya terhadap Spurs.

(oh ya, bercerita tentang astro, pernah ada seorang sahabat yang agak muda umurnya pernah berkata, 'zaman dulu mana ada Live! setahu aku zaman Cantona baru start ada Live kat tv!'. Untuk maklumat sahabat tersebut, penulis berada di depan tv yang menyiarkan secara langsung FA Cup Finals ketika 'crazy gang', Wimbledon menang kejuaraan tunggalnya menewaskan Liverpool, agak-agak tahun berapa ya!)

0 komen:

Catat Ulasan