Lagi Khazanah Silam

|
DogSayGutsBlur, sebuah newsletter yang wujud sekitar 98-99. Ianya merupakan satu percubaan dari editornya untuk compilekan  berita terkini berkaitan scene di Kota Bharu pada ketika itu, hanya sempat terbit sekali sahaja dan tarikhnya pun sudah lupa. 



Sesetengah artikel terpaksa dikeluarkan dari imej kerana sudah kurang sesuai untuk dibaca kembali. Ia bakal menyakitkan hati...
 


Sedikit info berkaitan maklumat yang tertera...


Socratic Gun, band Tumpat Revolters yang kemudiannya menukar nama kepada Redhead. Sempat mengeluarkan sekeping EP, Red and White. Menarik kerana mengandungi sebuah lagu yang ditujukan khas untuk bolasepak Kelantan walaupun prestasi pasukan Kelantan agak merudum ketika itu, semangat empat orang anak jati Tumpat ini tetap teguh seseteguh Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Juga sebuah lagu cover dari Angelic Upstats, Teenage Adolescene yang digarap baik. Youth, Pride and Football!



The Panic, ketika newsletter ini keluar, sudah mengalami beberapa kali proses pertukaran anggota. Bob, vokalis klasik oi!nya sudah beredar tetapi Bob dan ahli-ahli The Panic yang lain, Weily, Ajoo dan Pok Yo sempat merakamkan sebuah demo tape self titled, yang mendapat pengiktirafan ramai.


The Victims, aggro riot yang sesungguhnya rebel. Gabungan anak muda dari Batu 2 (correct me!). Band ini lengkap dari musiknya hingga ke atittude pembawanya, strictly from the street.



Outlaws, band geng sama satu skolah. Sayang kerana tidak sempat untuk menghasilkan material walaupun mempunyai lagu-lagu yang hebat seperti Product from the Street. Famous dengan lontaran vokalisnya, Nussiey ketika mendendangkan lagu Miss Jamaica, yang sering menjadi lagu permintaan jika mereka berada di pentas-pentas gig. 


The Buckler pula adalah band dari Kg Tanjung, unik kerana menggabungkan skinheads dan punks dengan musik yang agak keras berbanding dengan lain-lain band di bawah bumbung yang sama ketika itu. Musik yang kuat sekali dipengaruhi band The Bollocks. Juga tidak sempat menghasilkan material, serpihan ahlinya kemudiannya menubuhkan The Empowerment yang sempat menghasilkan split tape demo bersama Redhead dalam tahun 2000.



The Panic dan Outlaws tidak sempat mengotakan janji mereka untuk mengeluarkan split demo. Takde masa!





Photobucket

1 komen:

nizang berkata...

the panic bes!!

Catat Ulasan