Menanti Emas

|
photo countesy of KOSMO


Tinggal beberapa jam sahaja lagi akan berlangsung perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA edisi ke 25, rakyat Malaysia semakin membara dengan harapan agar pingat emas yang kali terakhir dimenangi pada ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA edisi ke 15, 20 tahun lepas kembali dimiliki dan sekaligus menaikkan kembali martabat bolasepak negara yang selama ini dipandang suram, dingin dan lesu dari segi kejagoannya.



FAM yang selama ini sudah hilang kepercayaannya dimata peminat bolasepak malaysia, dianggap tidak releven dengan berbagai-bagai isu pelik yang timbul bakal kembali gah jika kilauan emas itu berjaya digenggam.


Pujian akan menjadi milik FAM dan pasti pegawai-pegawainya akan menjadi hero di dada akhbar bermula esok. Yang pasti pegawai-pegawai atasan sudah sampai ke kotaraya Laos ketika ini dan sedang bersedia untuk meraikan detik 'gah' tersebut kerana merekalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab membawa balik pingat emas ke Kuala Lumpur.


Tapi ingat, jika sebaliknya, FAMlah yang akan menjadi tempat kami melepaskan kekecewaan. Nasibla dah jadi pegawai...

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

do the evolution baby

Tanpa Nama berkata...

jadikan pasukan bola malaysia lebih semangat lagi utk bermain bola,jagan menang di sukan sea je,tapi tahun2 lain boleh layak ke piala dunia

Anasir berkata...

syukur malaysia menang...vietnam pun bukannya pandai sangat pun..haha..tapi fokus tetap pada red warrior..go jangan tak go!

Catat Ulasan